Serangan al-Aqsa: 19 pemuda Baitulmaqdis dibebaskan, 5 masih dipenjara

BAITULMAQDIS, 29 Julai 2018 — Tentera Zionis malam tadi membebaskan 19 pemuda Baitulmaqdis selepas menjatuhkan hukuman denda sebanyak 5,000 Shekel serta mengharamkan mereka memasuki Masjid al-Aqsa selama satu minggu, sementara lima yang lain masih ditahan.

Kenyataan Pertubuhan Tahanan Palestin (PPS) menyebut bahawa lima daripada pemuda yang ditangkap ketika pasukan polis Zionis menyerang jemaah solat Jumaat di Masjid al-Aqsa masih ditahan di pusat interogasi al-Maskobiyya.

Mangsa-mangsa yang masih ditahan adalah:

  1. Bassam Shokri Qonbar, 17,
  2. Assem Yazid Halayla, 15, dari bandar Jabal al-Mokabber, selatan Baitulmaqis,
  3. Mo’men Maher al-Karaki, 16, dari kejiranan at-Tour,
  4. Omran Mustafa Mala’ba, dari bandar Anata, timur laut Baitulmaqdis, dan
  5. Mohammad Emad Ma’touq, 16, dari Shu’fat, utara Baitulmaqdis.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts