Serangan Berterusan di Rafah

GAZA, 31 Dis 2017 — Jet-jet perang F16 tentera Zionis melancarkan dua serangan di timur Rafah pagi tadi, mendakwa lokasi-lokasi tersebut sebagai pengkalan Briged al-Qassam.

Penduduk mendakwa kawasan terbabit diserang dengan enam butir bom dari jet perang dan juga kereta kebal. Asap tebal dapat dilihat di kejiranan al-Tuffah di timur kota Gaza.

Tiada kecederaan dilaporkan namun kawasan tersebut musnah.

Beberapa tembakan roket dilepaskan dari Gaza Jumaat lalu, menyebabkan kerosakan sebuah bagunan kawasan majlis daerah Sha’ar Hanegev. Tembakan roket-roket tersebut menimbulkan suasana panik di kalangan penduduk Yahudi yang sedang berdemonstrasi menyambut ulangtahun kelahiran askar Shaul Aron, yang masih menjadi tawanan perang di Gaza.

(IMEMC, WAFA, Alray)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts