Serangan semakin sengit…

sengitSetelah Israel menerima tamparan yang hebat di darat dengan kejayaan tentera muqawamah Palestin yang dianggotai oleh 3 sayap pergerakan Islam iaitu Kataib Al Qassam dan juga Saraya Al Quds. Pertempuran darat sengit di Jabaliyaa, Hayy Zaitun, Rafah dan Hayy Tufah. Sehingga kini Israel hanya mampu meletupkan perumahan orang awam. Yang merupakan sasaran kedua tentera Zionis yang disokong dunia.

Kini kekuatan Tentera Muqawamah makin terserlah dengan kejayaan mereka menghalang pendaratan armada laut Israel di sekitar pantai tebing Ghazza. Menurut sumber yang menghubungi Jazeerah.Net kini puluhan tentera pembebasan Palestin mengawasi sekitar pesisiran pantai tebing Ghazza.

Percubaan untuk mendarat berlaku sejak hari kedua pertempuran darat berlangsung. Sejak percubaan itu Israel terpaksa berundur beberapa kali kerana pertahanan yang kuat di sekitar pantai.Jurucakap Saraya Al Quds melaporkan mereka berjaya menembak beberapa pengangkut laut dengan senjata anti perisai yang merupakan keupayaan baru pasukan pembebasan Palestin. Abu Muhammad menambah bahawa salah satu angkatan Saraya Quds berjaya meletupkan dua pengangkut perisai Yahudi di barat laut ghazza.

Percayalah pembaca semua HAMAS dan Jihad Islamiy bukan sekadar bertahan tetapi mereka melakukan serangan balas yang sangat sengit. Inilah sebab sebenar Yahudi enggan membenarkan wartawan menyertai peperangan di Ghazza. (PK)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts