Serangan terkini ke atas Rafah – 7 tercedera

Gaza, 3 Mac 2009 – Tujuh warga Gaza tercedera apabila jet-jet pejuang rejim Zionis Israel melancarkan serangan udara ke atas bandar Rafah di selatan Gaza. Agensi berita Ramattan melaporkan semua mereka tercedera kerana sesak pernafasan akibat serangan yang menyasari beberapa terowong sepanjang sempadan antara Mesir dan Gaza.

Tentera Israel juga dilaporkan melancarkan sekurang-kurangnya 5 serangan dari jarak jauh ke atas bandar Khan Younis. Tidak ada kecederaan dilaporkan kerana serangan tersebut hanya menyasar ke ladang pertanian di kejiranan Al Farahin.

Fenomena terowong menjadi isu besar bagi Israel yang mendakwa kerajaan Palestin di Gaza menggunakannya untuk menyeludup senjata. Tetapi pada hakikatnya, penduduk Gaza terpaksa menggali terowong untuk membawa masuk bekalan asas termasuk makanan apabila rejim Israel mengenakan sekatan ke atas mereka. Terowong juga terpaksa digunakan untuk tujuan sosial dan kemanusiaan, di mana ramai dari kalangan warga Gaza dipisahkan dari keluarga, tempat kerja, sekolah mahupun ladang-ladang mereka akibat pembinaan tembok aparthied Israel. (Sumber berita: Ramattan News Agency)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts