Serangan Zionis Yahudi Kejam dan Keterlaluan: Ban Ki-Moon

kimoonSetiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon tidak mampu berkata apa-apa setelah melihat kehancuran yang terjadi di Jalur Gaza akibat serangan agresif tentera Yahudi selama hampir tiga minggu ke wilayah Palestin itu. Ia hanya mengatakan “keterlaluan” dan “tidak boleh diterima” melihat kesan serangan Zionis ke kompleks PBB di Gaza dan memohon satu penyelidikan menyeluruh diadakan atas serangan tersebut.

“Saya tidak mampu menjelaskan bagaimana perasaan saya menyaksikan ini semua … serangan terhadap PBB keterlaluan dan sama sekali tidak dapat diterima. Saya sudah protes berulang kali dan sekarang saya protes dengan lebih keras lagi,” kata Ki-moon dalam kunjungannya ke Jalur Gaza kelmarin.
Ia menegaskan bahawa PBB dan komuniti antarabangsa akan mendukung dan membantu rakyat Gaza untuk keluar dari kesulitan dan bencana luar biasa yang telah dilakukan tentera Zionis. Untuk itu, kata Ki-moon, PBB akan menyusun pasukan sokongan untuk mengatur bantuan kemanusiaan dan membangun kembali Jalur Gaza.

Walaubagaimanapun, Ki-moon tidak menjadualkan pertemuan dengan pihak Hamas di Jalur Gaza yang sebenarnya menjadi kunci bagi penyelesaian perdamaian itu. Sehingga hari ini, AS, Eropah dan masyarakat antarabangsa masih memandang Hamas sebagai “kelompok teroris”, sedangkan Hamas terbukti mendapat sokongan majoriti rakyat Palestin dalam pilihanraya. Akan menjadi sukar usaha PBB atau pihak manapun yang ingin merealisasikan perdamaian di Jalur Gaza jika hanya perpijak pada kepentingan Zionis Yahudi dan tidak melibatkan Hamas.

Setelah meninjau Jalur Gaza, Ban Ki-moon akan berkunjung ke Sderot, di selatan Israel yang selama ini menjadi target roket-roket pejuang Palestin di Gaza. Ki-moon mengatakan bahawa dirinya sepenuhnya berkomitmen pada hak Israel untuk mengamankan wilayahnya sebagai bangsa berdasarkan perbatasan yang sudah disepakati. (ln/aljz)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts