Seruan 28 Ogos: Masjid-Masjid Umat Islam Adakan Solidariti Selamatkan Masjid Al Aqsa

Pertubuhan Antarabangsa Al-Quds dalam satu kempen mereka bertajuk “Al-Aqsa Harus Kita Pelihara” menyerukan media massa dan pihak-pihak yang berkepentingan dengan masjid Al-Aqsa untuk mendeklarasikan hari Jumaat 28 Ogos ini sebagai hari solidariti masjid-masjid umat Islam untuk masjid Al-Aqsa dan menyerukan kepada para khatib di masjid-masjid untuk mengkhususkan hari Jumaat itu sebagai hari  memperkenalkan masjid Al-Aqsa.

Pertubuhan yang dipimpin Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, pada hari Rabu (19/8) yang lepas dalam peringatan 40 tahun pembakaran Israel terhadap masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 meminta kepada media massa mendeklarasikan tanggal 28 Ogos sebagai hari solidariti masjid-masjid umat Islam kepada masjid Al-Aqsa. Para khatib di masjid-masjid di seru untuk mengetengahkan permasalahan Masjid Al Aqsa dan apa saja yang menimpanya dan menjelaskan kewajiban umat Islam dalam membelanya.

“Kami sampaikan kepada kalian bahawa pada hari ini adalah fasa menentukan dalam sejarah masjid Al-Aqsa. Masjid ini hampir saja akan dibahagi-bahagikan antara kaum muslimin dan yahudi. Pembahagian ini harus ditentang. Kita harus menjaga identiti masjid Al-Aqsa di tengah serangan jahat penjajah Israel sehinggalah Allah memberikan kepada kita kemerdekaan masjid itu dan itu bagi Allah tidak jauh,” tegas Pertubuhan Al-Quds. (bn-bsyr/pic/fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts