Setiausaha Agung PBB diisytihar sebagai “persona non grata” oleh Israel

Kerana tidak mengutuk secara terang-terangan serangan Iran terhadap Israel, Setiausaha PBB, Antonio Guteres dihalang memasuki negara itu.

Menteri Luar Israel, Israel Katz menyatakan kegagalan Antonio mengutuk Iran menjadikannya persona non-grata di Israel.

Tambah Katz, sesiapa yang tidak boleh mengutuk secara tidak langsung serangan kejam Iran ke atas Israel, seperti yang dilakukan hampir semua negara di dunia, tidak layak menjejakkan kaki di bumi Israel.

“Israel akan terus mempertahankan rakyatnya dan menegakkan maruah negaranya, dengan atau tanpa Guterres,” katanya lagi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts