Setiausaha Agung PBB: Membebaskan Palestin adalah anti-Semitik moden

AL-QUDS, 28 Ogos 2017 — Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres hari ini menegaskan bahawa perjuangan membebaskan tanah Palestin yang dijajah pada tahun 1948 sebagai satu bentuk “anti-Semitik moden.”

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Presiden rejim Zionis di kediamannya di kota al-Quds.

Guterres tiba semalam bagi melakukan lawatan empat hari ke negara haram itu, buat pertama kali sejak memegang jawatan pada bulan Januari lalu.

Beliau mengabaikan hakikat bahawa negara “Israel”, yang dibina di atas ratusan ribu jenazah penduduk Palestin yang dibunuh oleh kumpulan-kumpulan pengganas Yahudi, telah menghina puluhan resolusi PBB sejak hari pertama ia ditubuhkan. negara haram itu berterusan mengkritik dan menuduh PBB menindas mereka.

Rejim Zionis dan sekutunya bahkan menukar frasa “membebaskan Palestin” kepada “menghancurkan Israel”.

Guterres memberi jaminan bahawa PBB akan menghormati hak negara haram Zionis, sungguhpun mereka terus membunuh penduduk Palestin yang tidak bersenjata. “Kami akan pastikan anti-Semitik gagal, dan memberi layanan yang sama rata kepada semua negara.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts