“Shalom Bollywood” – usaha promosi negara haram Zionis

MUMBAI, 18 Jan 2018 — Benjamin Netanyahu menemui tokoh-tokoh industri filem India dalam usaha menarik Bollywood membuat rakaman di negara haram Zionis.

Pertemuan dalam majlis yang dipanggil “Shalom Bollywood” di Mumbai itu turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kanan kerajaan India dan bintang-bintang seperti pelakon Amitabh Bachchan, ratu cantik Aishwarya Rai Bachchan dan pengacara Karan Johar.

Minggu lalu menjelang ketibaan Netanyahu, pegawai konsul Zionis di Mumbai Yaakov Finkelstein menyiarkan foto beliau bersama Amitabh Bachchan, memuji dan mengucap terima kasih di atas peranan besar artis veteran itu dalam kerjasama di antara Bollywood dan rejim Zionis.

Netanyahu merupakan pemimpin tertinggi Zionis yang kedua membuat lawatan rasmi ke India, selepas Ariel Sharon melalukannya pada tahun 1992. Perdana Menteri India Narendra Modi tahun lalu mencatat sejarah sebagai pemimpin tertinggi India yang pertama melawat negara haram Zionis, setelah India menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1992.

(MEE)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts