Sheik Raed Salah lancar mogok lapar bantah tahanan bersendirian

NAZARETH, 13 Nov 2016 (PIC) — Pemimpin Pergerakan Islam di Wilayah Palestin 1948 Terjajah, Sheikh Raed Salah, hari ini melancarkan mogok lapar bagi membantah layanan jahat dan tahanan berseorangan ke atas beliau di penjara Rimon.

Sheikh Raed ditangkap pada 8 Mei lalu apabila sebuah mahkamah Zionis menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau selama sembilan bulan, atas tuduhan menghasut dalam satu khutbah Jumaat yang beliau sampaikan di Wadi al-Jouz pada tahun 2007.

Pihak penjara Zionis juga menghalang buku-buku daripada diberikan kepada Sheik Raed.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts