Sheikh al-Khatib dikenakan tahanan dalam rumah selama 5 hari

NAZARETH, 9 Ogos 2016 (PIC) — Polis Zionis awal pagi tadi membebaskan Timbalan Ketua Pergerakan Islam di Wilayah Jajahan 1948, Sheikh Kamal al-Khatib, dan kemudian mengenakan tahanan dalam rumah ke atas beliau selama lima hari sementara menunggu siasatan.

Sheikh Kamal ditangkap petang semalam selepas pasukan polis Zionis memecah masuk rumah beliau di perkampungan Kafr Kanna berdekatan kota Nazareth, dan menyoal siasat beliau selama beberapa jam. Beliau dituduh mencetus keganasan dan kebencian terhadap rejim penjajah.

Menurut kenyatan Sheik Kamal, beliau turut dituduh menghasut keganasan melalui laman media sosial Facebook dan merancang perarakan bagi menyokong kepimpinan kerajaan Turki berikutan kegagalan cubaan rampasan kuasa pada pertengahan bulan lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts