RAMALLAH, 19 Apr 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Ofer semalam menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dan denda sebanyak 20,000 shekel (RM 20,550) ke atas Sheikh Mamal al-Tawil, bekas Datuk Bandar el-Bireh.
Sheikh al-Tawil yang merupakan seorang pemimpin pergerakan pembebasan Hamas ditangkap pada 10 Oktober 2013 selepas tentera Zionis memecah masuk rumah beliau. Beliau sebelum ini pernah beberapa kali ditahan dalam penjara.