Sheikh Bkairat dilarang ke luar negara

BAITULMAQDIS, 23 Jan 2018 — Polis rejim Zionis hari ini mengeluarkan notis melarang Ketua Pengajian Islam dan Pemulihan Masjid al-Aqsa, Sheikh Najeh Bkairat, daripada berkunjung ke luar wilayah Palestin selama sebulan sehingga 22 Februari.

Pihak perisikan Zionis menyerahkan notis tersebut di pusat tahanan al-Maskobiya, di mana Sheikh Bkairat diarah hadir untuk disoal siasat selepas mereka memecah masuk rumah beliau di kota Baitulmaqdis.

Arahan yang ditanda tangan oleh Menteri Dalam Negeri Zionis, Aryeh Deri, itu mendakwa bahawa pergerakan Sheikh Bkairat ke luar negara boleh membawa ancaman kepada keselamatan negera haram Zionis kerana penglibatan beliau dalam aktiviti Hamas.

Larangan tersebut boleh dilanjutkan sehingga tiga bulan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts