Sheikh Hussein kecam pembinaan sinagog Yahudi berdekatan Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 24 Ogos 2016 (SP) — Khatib al-Aqsa yang juga Mufti Besar Palestin, Syeikh Muhammad Hussein, mengecam rancangan membina sebuah sinagog Yahudi di taman Burak, hanya 100 meter dari perkarangan masjid suci itu.

Syeikh Hussein memberi amaran tentang usaha Yahudisasi ke atas kota al-Quds dengan membina rumah ibadah dan taman Yahudi serta menghancurkan peninggalan sejarah Islam.

Rejim Zionis mendirikan puluhan buah sinagog dan sekolah Yahudi di al-Quds dengan tujuan mengukuhkan kedudukan al-Quds sebagai kota Yahudi serta mengusir bangsa Palestin keluar.

Sheikh Hussein menegaskan bahawa al-Quds adalah milik umat Islam dan kaum Arab, dan rejim Zionis tidak akan dapat menolak kenyataan ini dengan apa cara sekalipun.

Beliau juga menegaskan bahawa serangan Zionis ke atas rakyat Palestin kini sudah tiba ke tahap bahaya. Oleh itu seluruh umat Islam dan masyarakat antarabangsa perlu mencegah serangan yang berterusan ke atas Masjid al-Aqsa dan sejarah Islam di al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts