Sheikh Ikrima: Ikatan erat penduduk Palestin dengan Masjid al-Aqsa bawa mesej kepada Zionis

AL-QUDS, 20 Jun 2016 (PIC) — Ketua Majlis Tertinggi Islam, Sheikh Ikrimah Sabri, menegaskan bahawa kehadiran begitu ramai jemaah solat Jumaat di Masjid al-Aqsa merupakan mesej kepada rejim Zionis bahawa penduduk Palestin begitu terikat dengan masjid suci itu.

Jabatan Wakaf al-Quds menganggarkan lebih 200,000 penduduk Palestin telah hadir mengerjakan solat Jumaat pada minggu lalu, iaitu Jumaat kedua di bulan Ramadan, sungguhpun pihak Zionis mengambil langkah keselamatan dan mengenakan sekatan yang sangat ketat.

Menurut Sheikh Sabri, perkara ini merupakan satu amaran kepada rejim Zionis supaya tidak mencemari tapak suci umat Islam itu, serta memberi peringatan kepada dunia Islam supaya berusaha menghentikan penjajahan Zionis.

Beliau turut menyentuh tentang suasana tenang dan aman di masjid ketiga paling suci itu walaupun begitu ramai jemaah yang hadir.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts