Sheikh Ikrima kecam fatwa rabbi Zionis supaya penduduk Palestin dibunuh

AL-QUDS, 17 Mei 2016 (PIC) — Ketua Majlis Tertinggi Islam di al-Quds Sheikh Ikrima Sabri hari ini mengecam fatwa sekumpulan rabbi Zionis yang menyeru supaya penduduk Palestin dibunuh tanpa sangsi atau berkira panjang.

Sekumpulan rabbi Zionis menyeru pihak rejim supaya membunuh penduduk Palestin, bukan menangkap mereka, dan “jangan dibiarkan walau seorang pun hidup” bagi “menghentikan gelombang keganasan penduduk Arab di wilayah suci itu.”

Fatwa sebegitu mendorong tentera Zionis semakin berani untuk menembak dan membunuh penduduk awam Palestin tanpa alasan.

Kenyataan Sheikh Ikrima menyebut bahawa keganasan sebenarnya diamalkan oleh penjajah Zionis sendiri yang membunuh, menindas dan menyiksa, bukan penduduk Palestin. Pihak berkuasa rejim bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keadaan yang tidak selamat dan tidak stabil di Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts