Ringkasan

Sheikh Omar: Mahkamah Zionis tiada kuasa ke atas al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 15 Julai 2020 — Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani, menegaskan bahawa Jabatan Wakaf Islam di kota Baitulmaqdis tidak mengiktiraf sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah Zionis berkaitan tapak suci umat Islam itu.

Kenyataan media beliau hari ini menggariskan bahawa dewan solat Bab al-Rahmah adalah sebahagian daripada Masjid al-Aqsa. Justeru rejim Zionis akan bertanggung jawab atas sebarang ketegangan berikutan keputusan menutup kawasan Bab al-Rahmah.

Rejim Zionis memutuskan untuk menutup kawasan Bab al-Rahmah di timur perkarangan Masjid al-Aqsa, dalam usaha untuk dirampas dan dijadikan sebuah sinagog Yahudi.

“Sejak tahun 1967, penjajah cuba mengubah hakikat dan kononnya mereka mempunyai hak ke atas tapak suci, semata-mata untuk mengambil hati pendatang Yahudi dan kumpulan-kumpulan yang mendakwa kewujudan kuil mereka,” kata Sheikh Omar.

Beliau menyeru penduduk Palestin di Tebing Barat, kota Baitulmaqdis serta mereka yang tinggal dalam Wilayah Palestin 1948 yang terjajah supaya beramai-ramai ke Masjid al-Aqsa bagi menghalang cubaan pendatang dan rejim Ziois membahagikan tapak suci di antara penduduk Islam dan Yahudi.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts