Sheikh Raed Salah bersetuju henti mogok lapar

UMM AL-FAHM, 17 Nov 2016 (PIC) — Pemimpin Pergerakan Islam di Wilayah Palestin 1948 Terjajah, Sheikh Raed Salah, hari ini bersetuju menghentikan mogok lapar yang dilancar sejak lima hari lalu kerana menghormati rayuan oleh Jawatankuasa Tindakan Susulan Penduduk Arab 1948.

Sheikh Raed melancarkan mogok lapar Ahad lalu bagi membantah layanan jahat pihak penjara dan tindakan mereka mengurung beliau berseorangan di penjara Ramon.

Beliau dijangka akan dibawa ke mahkamah bagi perbicaraan untuk pihak Zionis melanjutkan tahanan ke atas beliau selama tiga bulan lagi.

Peguam Omar Khamayssa menyerahkan sepucuk surat dari jawatanhuasa tersebut kepada Sheikh Raed, yang merayu supaya beliau menghentikan mogok dan pihak jawatankuasa akan mengadakan perhimpunan di hadapan mahkamah di mana beliau akan dibicarakan, bagi membantah tindakan pihak penjara yang mengurung Sheikh Raed secara berseorangan serta menghalang lawatan ke atas beliau.

Sheikh Raed ditangkap pada 8 Mei lalu selepas sebuah mahkamah Zionis menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan atas tuduhan menghasut dalam satu khutbah Jumaat yang beliau sampaikan di Wadi al-Jouz pada tahun 2007.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts