AL-QUDS, 13 Sep 2017 — Sheikh Raed Salah dikurung secara berseorangan dalam keadaan yang sangat tidak berperikemanusiaan dalam satu bilik kecil seperti sebuah bilik tandas.
Peguam Omar Khamisi yang melawat beliau di penjara Rimonim hari Selasa lalu menyebut bahawa keadaan bilik kurungan tersebut sangat sempit dan kotor, di kawal sepenuh masa dengan kamera keselamatan di dalam dan luar bilik.
Sheikh Raed akan dibicara pada 24 September, atas tuduhan menghasut keganasan dan mendukung pertubuhan haram.
(PIC)