Sheikh Raed Salah gesa penduduk Palestin banjiri Masjid al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 24 Julai 2020 — Pemimpin Pergerakan Islam cawangan utara WIlayah Palestin 1948, Sheikh Ra’ed Salah, menggesa penduduk Palestin supaya membanjiri Masjid al-Aqsa bagi menyekat rancangan pendatang Yahudi menceroboh masuk dalam beberapa akan datang.

Beliau menyeru para jemaah menyambut ketibaan bulan Zulhijjah dengan mengadakan program berbuka puasa dan melaksanakan semula aktiviti serta ibadah di perkarangan tapak suci.

Sheikh al-Aqsa itu percaya penduduk Palestin tidak akan sekali-kali mengabaikan Masjid al-Aqsa, dan berkata bahawa tapak suci itu “lebih berharga daripada jiwa dan darah mereka.”

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts