Sheikh Raed tolak tawaran temui Netanyahu

AL-QUDS, 17 Jan 2017 (WB) — Dalam ucapan beliau selepas dibebaskan dari penjara Ramon, Sheikh Raed Salah mendedahkan bahawa beliau menolak tawaran untuk bertermu dengan pemimpin rejim Zionis, Benjamin Netanyahu.

“Saya beritahu kepada mereka, saya tidak akan beruding berkaitan Masjid al-Aqsa,” jelas beliau. “Al-Aqsa bukan suatu yang boleh ditolak ansur.”

Ketika ditahan dalam penjara, pegawai perisikan Zionis menawarkan untuk mengadakan perjumpaan antara Sheikh Raed dan Netanyahu. “Khamis lalu, saya dibawa berjumpa dengan beberapa pegawai perisikan. Mereka bertanya kenapa saya terus mendakwa bahawa al-Aqsa berada dalam bahaya,” kata Sheikh Raed. “Saya jawab, saya masih percaya bahawa masjid suci itu masih berada di bawah ancaman.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts