Sheikh Raed: Ugutan Netanyahu semakin memberi kami kekuatan

AL-QUDS, 11 Nov 2016 (PIC) — Pemimpin Pergerakan Islam di Wilayah Palestin 1948 yang terjajah, Sheikh Raed Salah hari ini menyelar tindakan Benjamin Netanyahu menuduh beliau menghasut keganasan.

Petang semalam, Netanyahu menuduh Sheikh Raed sebagai menghasut keganasan di dalam Masjid al-Aqsa menjelang tibanya musim perayaan Yahudi Passover. Pemimpin Zionis itu menyeru pihak tenteranya dan Kementerian Kehakiman Zionis supaya mengharamkan Sheikh Raed daripada memasuki kawasan al-Quds serta menahan beliau di dalam penjara.

“Tidak satu pun daripada ancaman kamu akan menutup mulut kami terhadap jenayah Zionis di al-Quds dan Masjid al-Aqsa,” sebut kenyataan Sheikh Raed, yang juga terkenal sebagai Sheikh al-Aqsa. Beliau menyeru orang Islam supaya terus beriktikaf secara aman dan mempertahankan masjid suci itu daripada pencabulan pelampau Yahudi.

Mahkamah tentera Zionis mengharamkan Sheikh Raed daripada memasuki al-Aqsa sejak 25 Disember lalu hingga 24 Jun 2016. Terdahulu pada tahun 2007, beliau telah diharamkam mendekati kawasan 150 meter dari Kota Lama al-Quds dan al-Aqsa. Beliau juga dinafikan hak untuk ke luar negara.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts