Shin Bet cederakan tahanan untuk paksa buat pengakuan

RAMALLAH, 10 Mac 2016 (PIC) — Tahanan Adnan Abdur Razzaq Yasin Eyad mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dalam satu sesi soal siasat di pusat tahanan Zionis Petah Tikva.

Pemuda dari kota Nablus itu diserang secara fizikal oleh pasukan perisik Shin Beit, di mana mereka menghentak kepala mangsa ke dinding dalam usaha untuk memaksa beliau membuat pengakuan.

Adnan memerlukan tujuh jahitan akibat luka dan kecederaan di kepalanya. Tempoh tahanan ke atas beliau kini dilanjutkan selama lapan hari untuk meneruskan proses soal siasat.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts