Shin Bet culik 9 penduduk Palestin di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 14 Jan 2018 — Badan perisikan Zionis, Shin Bet, menculik seorang penduduk Palestin yang baharu dibebaskan dari penjara bersama beberapa orang lagi penduduk Palestin yang menyambut beliau berdekatan perkampungan Lifta di barat Baitulmaqdis.

Shin Bet menangkap semula Subaih Abu Subaih, 19, tidak lama selepas dibebaskan setelah dikurung selama lama bulan. Pasukan khas tentera Zionis menyerang sebuah bas yang membawa Subaih bersama lapan orang yang mengiringi beliau di sebatang jalan berdekatan perkampungan Lifta, selepas dibebaskan dari penjara Ramon.

Tujuh orang daripada mereka dikenali sebagai Majed al-Jo’ba, Rawhi al-Kolghasi, Mohammad al-Hashlamoun, Lu’ay Nasreddin, Jaber Abu Sbeih, Ala Abu Sbeih dan Taiseer Abu Sbeih.

Semua mangsa diculik dan dilarikan ke lokasi yang tidak diketahui.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts