Siapa Saleh Al-Arouri?

Saleh Muhammad Suleiman Al-Arouri adalah nama penuh beliau. As-syahid dilahirkan di Aroura, berdekatan dengan Ramallah pada tahun 1966. Universiti Hebron adalah tempat beliau menyambung ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan Islam (syariah).

Beliau menyertai gerakan Ikhwan Muslimin pada 1985 dan merupakan aktivis utama di Universiti Hebron.

Al-Arouri ditahan oleh Zionis sebanyak 3 kali. Beliau tetap meneruskan aktiviti bersama HAMAS walaupon berada dalam penjara Ashkelon.

Antara 1990 dan 1992, beliau ditahan tanpa perbicaraan oleh Zionis Israel. Pada tahun 1992, sekali lagi beliau ditahan semula dan dijatuhkan hukuman sehingga 15 tahun atas alasan menubuhkan Briged al-Qassam cawangan Tebing Barat.

Dibebaskan pada tahun 2007, namun ditahan sekali lagi 3 bulan kemudian sehingga 2010. Mahkamah Zionis akhirnya membuat keputusan dengan membebaskan beliau tetapi diusir dari tanah air Palestin, tanah air tercinta.

Pengusiran beliau ke Syria tidak memadamkan semangat. Api terus membara dengan bergabung bersama Khalid Misyal dan bersama menguatkan biro politik HAMAS.

Perang meletus di Syria pada 2011, beliau berhijrah ke Turki. Namun sekejap sahaja beliau tinggal disana. Lubnan adalah lokasi berikutnya untuk beliau mastautin.

Kerajaan US memaklumkan as-syahid hidup bebas disana sambil bekerjasama dengan Qasem Soleimani, Komander Tentera Quds. Israel juga mendakwa keberadaan beliau di Lubnan menyebabkan Hizbullah turut menyerang Israel bersama HAMAS. Tidak pelik untuk mengiayakan dakwaan Israel jika melihat sokongan Hizbullah bersama Ops Tufan al-Aqsa. Ini juga menunjukkan kejayaan para pejuang untuk bersatu dan bersama melawan musuh yang sama.

Bagaimana Beliau Dibunuh?

Serangan peluru berpandu dron menyebabkan kematian Al-Rouri. Beliau syahid bersama enam orang yang lain.

Rumah beliau di Tebing Barat telah dibom oleh regim Zionis. Malah beberapa hari sebelum pembunuhan, rumah beliau dijadikan tempat siasatan. Pihak zionis menyiasat ahli keluarga beliau dirumahnya sendiri.

Pandangan Zionis Israel Dengan Kesyahidan al-Rouri?

Tiada lagi respon pemimpin zionis dengan kesyahidan pemimpin utama HAMAS. Namun Netanyahu pernah mengarahkan supaya Mossad untuk bertindak terhadap HAMAS dimana sahaja mereka berada selepas mereka dimalukan oleh HAMAS pada 7 Oktober 2023.

Media Israel melaporkan , pihak kerajaan mengarahkan menteri kabinet agar tidak memberikan sebarang respon dengan kematian al-Arouri.

Mantan Duta Israel di United Nation, beliau mengucapkan tahniah kepada Shin Bet dan Mossad atas kejayaan ini.

Malah, kerajaan Amerika melalui program “rewards for justice” menawarkan sehingga 5 juta dolar bagi sesiapa yang memberikan maklumat berkaitan al-Rouri.

Kesyahidan mujahid al-Rouri adalah impian beliau sendiri. Dengan izin Allah, impian itu telah dikabulkan. Seiring dengan pembunuhan beliau, para pejuang terus meningkatkan intensiti menyerang pasukan Zionis Israel yang terus menzalimi warga Palestin.

Tulisan : Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts