Sinagog Mutiara Yahudi – Duri Di Jantung Al-Quds

AL-QUDS, 23 Ogos 2015 (Palinfo) — Rejim Zionis mengeluarkan tawaran tender secara rasmi bagi membina sebuah sinagog berkubah besar di Kota Lama di Al-Quds.

Bangunan enam tingkat setinggi 23 meter itu bakal mempunyai dua tingkat di bawah tanah, dengan keluasan keseluruhan 1400 meter persegi. Pembinaan ini didukung secara langsung oleh pemerintah rejim Zionis dan akan menelan belanja sebanyak 50 juta Shekel, bersamaan US$13 juta.

Projek ini bertujuan untuk membina mercu tanda suci Yahudi di jantung kota Al-Quds serta mewujudkan bangunan-bangunan berkubah yang dapat memberi indikasi kononnya kewujudan Yahudi di Al-Quds sejak masa lampau, sekaligus merosakkan dan melenyapkan identiti sebenar Al-Quds.

Bangunan ini akan menjadi sinagog kedua terbesar dan tertinggi Al-Quds, selepas sinagog Harob.

Pusat Informasi Palestin menerbitkan sebuah filem dokumentari berkenaan sinagog Yahudi yang akan dibina ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts