Siswa menjadi sasaran tangkapan tentera Zionis

TEBING BARAT, 19 Julai 2016 (PIC) — Beberapa orang siswa Palestin menjadi sasaran tangkapan oleh tentera penjajah Zionis dalam operasi sejak petang semalam sehingga awal pagi tadi.

Di Nablus, tentera Zionis menyerang masuk bandar Tel dan kemudian memecah masuk dua buah asrama universiti untuk menangkap dua orang siswa. Tindakan tersebut mencetuskan pertempuran di mana tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata dengan sengit.

Dua lagi siswa ditangkap di rumah mereka di bandar Assira dan Aqraba, dan kemudian dibawa ke sebuah pusat interogasi.

Terdahulu pada hari Isnin, dua orang siswa Universiti al-Najah ditangkap di sebuah sekatan sementara. Beberapa pelajar lain dari Univerisiti al-Najah ditangkap dalam tempoh 24 jam lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts