Siswa Palestin dihukum penjara tanpa perbicaraan

BEIT LAHM, 7 Feb 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan ke atas seorang siswa Palestin tanpa sebarang pendakwaan mahupun perbicaraan.

Iyas al-Faraheen, 20, dihukum penjara hanya dengan bersandar kepada kenyataan dalam satu fail rahsia, yang tidak pernah dibacakan kepada beliau atau peguamnya. Pendakwaraya tentera menuduh beliau sebagai ancaman keselamatan di kawasan tempat tinggalnya, mengaitkan beliau dengan Hamas dan aktiviti anti-penjajahan.

Siswa Kolej Universiti Ahliya itu diculik dari rumahnya 10 hari lalu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts