BEIT LAHM, 19 Julai 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di penjara Ofer menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan ke atas pelajar universiti Doniya Musalah, 20, atas tuduhan menghasut melalui laman sosial Facebook.
Mahkamah turut mengenakan denda sebanyak US$520.
Doniya yang berasal dari kem pelarian Doheisha di Beit Lahm ditangkap pada bulan November 2015 lalu.