NABLUS, 30 Julai 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Salem hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak 3,000 Shekel dan penjara selama tujuh bulan ke atas siswi Ola Marshoud atas tuduhan terlibat dalam aktiviti kampus yang kononnya mengancam pihak penjajah.
Siswi Universiti al-Najah itu ditangkap pada 11 Mac lalu selepas diarah hadir ke kem tentera Huwara di selatan Nablus. Tempoh tahanan ke atas beliau telah dilanjutkan beberapa kali.
Selain daripada menuntut di universiti, Ola juga merupakan seorang jurnalis bebas. Keluarga beliau tinggal di Arab Saudi.
(PIC)