Stesen janakuasa elektrik Gaza berhenti operasi

GAZA, 17 Ogos 2020 — Penduduk Gaza akan bergelap mulai malam esok, Selasa, kerana stesen jana kuasa elektrik tunggal di wilayah terkepung itu kehabisan bahan api.

Stesen yang beroperasi menggunakan minyak disel itu akan mula berhenti operasi pagi esok.

Rabu lalu, rejim Zionis menyekat semua kemasukan minyak ke Gaza sebagai hukuman ke atas penduduk yang menerbangkan belon membawa api ke kawasan berdekatan sempadan.

Penduduk Gaza bertindak demikian bagi membantah sikap rejim Zionis mengkhianati janji persefahaman damai bagi melonggarkan sekatan yang dikenakan sejak 14 tahun lalu.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts