Stesen Janakuasa Elektrik Gaza Berhenti Operasi

GAZA, 5 Mac 2015 (Alray) — Stesen janakuasa elektrik tunggal di Gaza terpaksa menghentikan operasi petang semalam akibat kehabisan bekalan minyak yang dibekalkan oleh kerajaan Qatar dan cukai terlalu tinggi yang dikenakan oleh rejim Zionis.

Pihak berkuasa tenaga dan sumber asli Gaza dalam kenyataan mereka menyebut, “masalah utama sehingga membawa kepada penutupan stesen janakuasa adalah harga minyak yang terlalu tinggi, iaitu sehingga 137% daripada harga asal, kerana cukai yang dikenakan terlalu tinggi.”

Mereka memberi jaminan bersedia untuk membeli minyak sekiranya cukai dikecualikan, bagi mengelakkan krisis kemanusiaan di Gaza akibat ketiadaan bekalan elektrik.

Satu-satunya stesen janakuasa elektrik di Gaza itu telah rosak diserang tentera Zionis musim panas lalu, dan sering berhadapan dengan masalah bekalan minyak. Bila beroperasi, ia hanya mampu membekalkan tenaga elektrik selama enam jah sehari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts