Stesen janakuasa elektrik Gaza tidak lagi beroperasi

GAZA, 16 Apr 2017 (PIC) — Satu-satunya stesen janakuasa elektrik di Gaza tidak dapat beroperasi dan ditutup sepenuhnya pagi tadi, apabila kehabisan bekalan minyak.

Pihak berkuasa Tenaga dan Sumber Semulajadi Palestin di Gaza menyelar tindakan pemerintah di Ramallah yang mengenakan cukai tinggi ke atas minyak disel, sambil menegaskan mereka bersedia untuk membeli minyak sekiranya dikecualikan cukai.

Penduduk Gaza kini hanya bergantung kepada bekalan elektrik sebanyak 143 megawatt dari Mesir dan negara haram Zionis. Dengan itu, tenaga elektrik hanya boleh dibekalkan selama empat jam sehari.

Gaza memerlukan bekalan elektrik sebanyak 450 hingga 500 megawatt sehari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts