Suasana tegang, pelampau lakukan ritual Yahudi di al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 22 Julai 2018 — Suasana tegang tercetus di Masjid al-Aqsa sejak awal pagi tadi apabila pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu secara besar-besaran dan mencemarinya dengan melakukan ritual Yahudi serta provokasi.

Lebih 1,000 pendatang Yahudi diiring oleh pasukan polis dan keselamatan khas Zionis menceroboh masuk perkarangan al-Aqsa, sebagai menyahut seruan pertubuhan-pertubuhan pelampau menceroboh tapak suci bagi menyambut perayaan Tisha Be’Av – kononnya hari paling sedih bagi kaum Yahudi, kerana Kuil Pertama mereka telah diroboh oleh tentera Babilon manakala Kuil Kedua dimusnahkan oleh tentera Rom.

Gerombolan besar pendatang Yahudi berarak dan berkerumun di dataran Tembok al-Buraq serta beberapa kawasan lain terutamanya di Kota Lama Baitulmaqdis sekitar Masjid al-Aqsa malam tadi.

Majoriti pendatang Yahudi berarak melalui kawasan Pasar al-Qataneen di Jalan al-Wad, iaitu laluan menuju ke pintu masuk al-Aqsa, dan melakukan ritual Talmud. Mereka juga cuba menceroboh masuk Masjid a-Aqsa melalui beberapa pintu lain apabila Pintu al-Maghareba, satu-satunya pintu yang dikawal penuh oleh polis Zionis, ditutup setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Sebahagian pendatang Yahudi melakukan ritual di tanah perkuburan Bab al-Rahma di tembok timur al-Aqsa, terutamanya di kawasan Pintu ad-Dhahabi (Golden Gate) yang ditutup sejak pemerintahan Sultan Sulaiman di zaman Khalifah Uthmaniah.

Aktivis-aktivis Palestin berhadapan dengan provokasi ini dengan menyeru supaya penduduk Palestin dari wilayah 1948 yang terjajah hadir ke Masjid al-Aqsa bagi menghalang pencerobohan masuk pendatang Yahudi.

(PIC, IMEMC, PNN, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts