Surat Hamas kepada Obama: Berlaku adil terhadap Palestin

ahmad_yousefAhad, Februari 22, 2009.  Ahmad Yousef, seorang pemimpin politik senior Hamas dan penjawat awam di dalam kerajaan Hamas di Gaza, berkata pada hari Sabtu, Hamas telah menyerahkan sepucuk surat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama melalui Senator John Kerry yang menyeru Presiden supaya berlaku adil di dalam permasalahan Palestin. Polisi luar Amerika Syarikat dikenali sebagai berat sebelah kepada Israel.

Semasa lawatannya ke Gaza, Kerry tidak berjumpa dengan mana-mana wakil Hamas kerana AS menganggap Hamas sebagai organisasi pengganas. Surat tersebut diserahkan kepada pegawai PBB yang menyerahkannya kepada Kerry.

Yousef menyatakan apabile beliau mengetahui tentang lawatan Kerry ke Gaza, beliau terus menulis sepucuk surat dan menyerahkannya kepada pegawai PBB.

Beliau menyeru Obama supaya bersikap terbuka terhadap Hamas kerana gerakan tersebut mendapat sokongan yang meluas daripada penduduk Palestin.

Yousef tidak mendedahkan secara terperinci kandungan surat tersebut tetapi menyatakan surat tersebut menjelaskan pendirian dan atitud Hamas berkenaan pelbagai isu.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, berkata surat tersebut disokong oleh kerajaan Hamas di Gaza.

Presiden AS, Barrack Obama, telah dipetik berkata bulan lepas selepas mengambil alih kerusi presiden AS, beliau ingin memperbaiki hubungan antara AS dan negara Arab dan Muslim.

Namun, polisi rasmi AS masih meletakkan Hamas sebagai kumpulan pengganas. AS dan Israel menuntut Hamas supaya ‘mengutuk keganasan, mengiktiraf Israel, dan mengiktiraf semua perjanjian damai yang ditandatangani dengan Israel sebelum ini.’

Hamas telah berulang kali menawarkan genjatan senjata jangka-panjang kepada Israel, tetapi gerakan tersebut menyatakan mereka tidak dapat mengiktiraf sebuah entiti yang masih menjajah bumi Palestin serta menzalimi penduduknya. Gerakan tersebut juga menyatakan bahawa hak untuk melawan adalah hak yang diiktiraf undang-undang antarabangsa bagi mana-mana negara yang dijajah. [imemc/terjemahan: HALUANPalestin]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts