Pimpinan Hamas Ismail Haniyah menyatakan bahawa kekejaman keji Israel ke Jalur Gaza adalah konspirasi antara rezim Zionis dengan sekutu-sekutunya iaitu AS dan Eropah yang tidak senang atas kemenangan Hamas dalam pilihanraya di Palestin tahun 2006 lalu.Hal tersebut diungkapkan oleh Haniyah dalam surat terbuka yang ditujukan pada masyarakat Barat dan dimuat oleh surat kabar The Independent, Khamis (15/1).
“Meski mereka berusaha keras menyembunyikan konspirasi itu, yang menjadi pendorong perang jenayah Israel ke Jalur Gaza adalah pilihanraya di Palestin tahun 2006 yang dimenangi oleh Hamas dengan suara majoriti,” kata Haniyah, perdana menteri Palestin yang dilucutkan jawatannya oleh Presiden Mahmud Abbas dari parti Fatah secara tidak adil.
“Apa yang terjadi kemudian, Israel bersama AS dan Kesatuan Eropa menggalang kekuatan untuk menggagalkan pilihan demokratik rakyat Palestin. Hal pertama yang mereka lakukan adalah dengan menghalang-halangi formasi pemerintahan nasional bersatu, lalu mereka menciptakan neraka bagi kehidupan rakyat Palestin dengan cara melakukan tekanan ekonomi. Usaha jahat mereka menemui kegagalan yang menyedihkan, dan akhirnya memilih untuk mencetuskan perang kejam ini,” tegas Haniyah.
Haniyah menolak dakwaan Israel bahawa agresif tenteranya ke Gaza adalah untuk menghentikan roket-roket Hamas. Menurutnya, rakyat Palestin sudah sangat tahu bahawa Kesatuan Eropa tidak melihat sekatan yang dilakukan Israel ke atas Palestin adalah juga sebagai bentuk tindakan kejam.
“Bukti-bukti sudah banyak, tapi mereka tanpa malu tetap mengatakan bahawa Hamas yang menyebabkan bencana yang menimpa rakyat Palestin Kerana tidak mahu memperpanjangkan gencatan senjata,” jelas Haniyah.
Ia melanjutkan,”Kami ingin bertanya, apakah Israel menghormati gencatan senjata yang dimeterai bersama di Mesir bulan Jun lalu? Tidak sama sekali. Kerana kesepakatan itu menyebutkan bahawa Israel harus mengakhiri sekatan dan menghentikan serangan ke Tepi Barat dan Jalur Gaza.”
“Meski kami mematuhi gencatan senjata, Israel tetap melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin di Gaza dan di Tepi Barat di saat penjanjian telah dimenterai yang kita ketahui sebagai kesepakatan damai Annapolis,” jelas Haniyah.
Dalam surat terbukanya, Haniyah mengkritik dunia antarabangsa yang bersikap diam melihat pembantaian yang dilakukan Israel terhadap lebih dari 1030 rakyat Palestin di Gaza yang berlangsung selama 20 hari. Dunia juga tidak bersuara ketika Israel menggunakan senjata-senjata berbahaya.
“Justeru berapa banyak lagi perjanjian dan konvension yang harus dilanggar Zionis Israel agar mereka boleh dimintai pertanggungjawabannya.Tidak ada negara di dunia sekarang ini, dimana masyarakatnya tidak marah melihat penindasan kejam yang dilakukan Israel,” tegas Haniyah.
Surat terbuka yang disampaikan Haniyah pada masyarakat dunia sudah sangat jelas membongkar kejahatan Israel sebagai pihak yang selalu melakukan pelanggaran terhadap kesepakatan-kesepakatan damai dengan Palestin. Bahawa Israel lah yang tidak pernah punya niat baik untuk hidup berdampingan dengan Palestin. Bahawa Israel, AS dan Kesatuan Eropah telah menggalang konpirasi yang tidak menginginkan adanya sebuah kekuatan Muslim memuliakan bangsa Palestin. (ln/iol)