Suspek utama pembunuh keluarga Dawabsheh dibebaskan

NABLUS, 1 Jun 2016 (Alray) — Pengganas Yahudi yang menjadi suspek utama membakar keluarga Dawabsheh di perkampungan Duma pada 31 Julai lalu, Meir Ettinger, dibebaskan pagi tadi selepas dikenakan tahanan pentadbiran selama 10 bulan. Pihak perisikan Shin Bet enggan menjelaskan alasan kenapa beliau dibebaskan.

Ettinger, 20, merupakan cucu kepada aktivis pelampau Yahudi Meir Kahane yang menubuhkan Jewish Defense League di New York pada tahun 1968.

Beliau ditahan sebagai suspek dan perancang utama dalam serangan membakar rumah keluarga Dawabsheh. Bayi Ali, 18 bulan, terkorban dalam kebakaran dan dua ibubapanya meninggal dunia di hospital. Manakala Ahmad, 5, merupakan satu-satunya ahli keluarga Dawabsheh yang terselamat, setelah menjalani rawatan selama lebih sepuluh bulan.

Ettinger juga didakwa terlibat dalam membakar sebuah lagi rumah penduduk Palestin di Kirbet Abu Falah di Tebing Barat pada bulan November 2014.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts