Syahdu di Pusara Syuhada’

GAZA CITY, 28 April 2012 — Bagaikan hendak digesa si pemandu agar segera sampai ke pusara para syuhada’ Palestin kerana pada hemat kami hari pantas menjadi gelap dalam beberapa jam saja lagi. Memang benar. Seusai puas berada di taman-taman kerehatan duniawi di situ, tidak lama kemudian azan maghrib pun berkumandang.

Namun pasukan relawan HALUAN merasa puas dapat menziarahi penuh kesyahduan kepada empat makam perwira sejati Islam yang syahid kerana Allah SWT. Fatihah, salawat dan doa dipanjatkan kepada Allah untuk ruh-ruh mereka yang tidak berjauhan dikebumikan antara satu sama lain – AlMarhum Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin (syahid 22 Mac 2004,) Dr Abdul Aziz Rantisi (syahid 17 April 2004,) Syeikh Solah Shahadah (syahid intifadah kedua) pengasas briged Qassam yang sangat digeruni Israel hingga ke hari ini serta Sa’id Siyam, mantan Menteri Dalam Negeri.

Kami merasakan bagai amat malu dibawa menziarahi pusara ini, bagaikan anak-anak luar batasan bangsa dan sempadan yang tidak benar-benar mengerti mehnah serta pengorbanan mereka di sini yang bergelar pejuang Palestin yang gugur menemui Rabb mereka. Perit apa yang kami rasa dengan kamera, camcorder serta handphone di tangan bagaikan pelancong? Sedangkan di dalamnya bersemadi tubuh-tubuh yang penuh luka ditusuk puluhan peluru serta bom yang telah memisahkan anggota-anggota tubuh mereka berserakan demi Deen ini. Demi Masjid Al Aqsa.

Namun kerana menghormati para pejuang yang hanya dapat kami saksikan melalui media maya selama ini, kami melangkah masuk ke tanah perkuburan merintis di celahan puluhan nisan-nisan yang juga dikatakan ramai tersemadi para pejuang yang tumpas dek keganasan serangan zionis Israel hanya kerana mereka ingin mendapatkan kembali tanah wakaf umat Islam yang dirampas musuh.

Kami tiba di kelompok pusara-pusara yang tiada bezanya dengan yang lain. Cuma ukiran nama dan tarikh kematian mereka yang tercatat di nisan berbaring. Semoga Allah mencucuri ruh-ruh mereka ini serta menerima ziarah kami ini sebagai ibadah mengingati mereka yang telah syahid di jalanNya, mencontohi keberanian mereka membentengi Islam dan watan. Al-Aqsa, kami akan tiba di gerbang mu nanti. Israel, kamu akan tersungkur di bumi, berlarian bagai anjing yang tidak bertuan sambil kami mengejar mu ke lubang cacing sekalipun. Nanti saat itu, kami sedang bersiap sedia merempuh kamu yang telah ingkar pada Allah SWT.

Syeikh Ahmed Yassin lumpuh dan hampir buta sejak berusia 12 tahun. Beliau yang hanya mampu bergerak di atas kerusi rodanya telah disasar oleh helikopter Zionis Yahudi dengan tiga roket, yang dengan izin Allah membunuhnya beserta kedua pengawalnya dan sembilan orang lain yang baru selesai solat subuh bersamanya di Masjid Mujamma’ Al-Islami.

Kesalahannya? Membangkitkan kesedaran dan menggerakkan rakyat Palestin untuk melawan kezaliman penjajahan Zionis Yahudi ke atas seluruh rakyat di tanah suci itu dan Masjid Al Aqsa.

Dr Abdul Aziz Al-Rantisi, penyambung kepemimpinan Syeikh Ahmed Yassin sangat terkenal dengan ucapannya di hadapan para wartawan, “Setiap orang akan mati, kita semua sedang menunggu kedatangan hal yang pasti itu. Semua orang akan mati baik kerana serangan jantung atau kerana serangan Apache. Saya lebih suka mati kerana serangan Apache.”

Tidak sampai sebulan syahidnya Syeikh Ahmed Yassin, Allah mengabulkan harapan doktor pakar kanak-kanak itu. Beliau mati syahid kerana serangan helikopter laknat itu ketika berada dalam kenderaan bersama seorang pengawal dan dua orang lainnya.

Makam ketiga yang kami ziarahi ialah makam Syeikh Solah Syahadah. Perdana Menteri Zionis waktu itu Ariel Sharon begitu takut dan dendam dengan Syeikh Solah, hingga tentera ZIonis Yahudi menghujani satu kampung dengan bom dan tembakan jet F-16 untuk membunuh beliau pada malam 22 Julai 2002. Akibatnya, selain Syeikh Solah, 16 orang lain juga terbunuh dan syahid di samping 176 orang lagi tercedera. Akibat lukanya yang parah, Syeikh Solah meninggal keesokan harinya.

Syeikh Solah dikuburkan berempat dengan isterinya Laila, puterinya Iman, dan pengawalnya Zahir. Muat dalam satu kubur? Ya, kerana yang dimakamkan hanyalah cebisan-cebisan daging dan tulang mereka. Begitu hancurnya tubuh-tubuh mereka sampai tidak ada lagi anggota badan yang utuh samadai kepala mahupun badan mereka.

Begitu juga Sa’id Shiyam yang paling terkemudian di antara mereka mati syahid. Beliau dikuburkan bersama anaknya Muhammad dan saudaranya Iyad. Pejuang karismatik ini menjadi Menteri Dalam Negeri sejak rakyat Palestin memilih Hamas untuk memimpin negeri mereka pada tahun 2006. Beliau jatuh syahid di Jabaliya di ketika Zionis Israel mengerahkan serangan besar-besaran atas Gaza di musim sejuk 2008-2009.

Al-Fatihah kita hadiahkan buat mereka dan semua para syuhada’ di bumi Gaza. Allaahummarham syuhadaa’anaa. Ya Allah, sayangilah para syuhada kami.

Perkarangan kubur di Gaza City bersemadinya para syuhada’ agung
Perkarangan kubur di Gaza City bersemadinya para syuhada’ agung
Makam Syeikh Ahmed Yassin yang syahid bersama sembilan orang jamaah solat subuh lainnya
Makam Syeikh Ahmed Yassin yang syahid bersama sembilan orang jamaah solat subuh lainnya
Makam Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi. Secara khusus beliau meminta supaya di atas makamnya tidak dibina apa-apa
Makam Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi. Secara khusus beliau meminta supaya di atas makamnya tidak dibina apa-apa
Syeikh Solah Syahadah dimakamkan bersama isteri, puteri dan pengawalnya kerana tubuh-tubuh mereka begitu hancur, sehingga yang dimakamkan hanya cebisan-cebisan anggota badan
Syeikh Solah Syahadah dimakamkan bersama isteri, puteri dan pengawalnya kerana tubuh-tubuh mereka begitu hancur, sehingga yang dimakamkan hanya cebisan-cebisan anggota badan
Sa'id Shiyam juga dimakamkan bersama serpihan jenazah anak dan pengawalnya
Sa’id Shiyam juga dimakamkan bersama serpihan jenazah anak dan pengawalnya
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts