Syarikat dari kawasan penempatan haram diberi layanan istimewa

NAZARETH, 2 Okt 2017 — Menteri Ekonomi Zionis Eli Cohen memutuskan untuk memberi keistimewaan kepada syarikat-syarikat dari kawasan penempatan haram Yahudi yang terkesan akibat kempen boikot antarabangsa.

Kilang-kilang yang beroperasi di kawasan penempatan haram akan diberikan bantuan dalam bentuk keistimewaan cukai ekspot, bagi memastikan mereka tidak berpindah keluar.

Majlis Hak Asasi Manusia PBB akan mengeluarkan senarai hitam kilang dan syarikat yang beroperasi di kawasan penempatan haram untuk memberi tekanan supaya mereka berhenti operasi dalam kawasan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts