
BEIT LAHM, 26 Feb 2019 — Profesor Zionis, Nadera Shalhoub-Kevorkia, mendedahkan bahawa rejim penjajah mengeluarkan permit kepada syarikat-syarikat farmaseutikal besar untuk menguji produk mereka pada penduduk Palestin yang ditahan dalam penjara.
Dalam kenyataan beliau di Universiti Columbia di New York, Shalhoub-Kevorkia menyebut bahawa beliau mengumpul data tersebut ketika menjalankan kajian di Universiti Hebrew. “Penduduk Palestin menjadi makmal,” kata beliau.
Profesor undang-undang dari Univerisiti Hebrew di Baitulmaqdis itu turut mendakwa syarikat-syarikat industri pertahanan Zionis menguji senjata pada kanak-kanak Palestin dan menjalankan ujian di kawasan-kawasan kejiranan Palestin di Baitulmaqdis Timur.
Minggu lalu, rejim Zionis enggan menyerahkan jenazah Fares Baroud, 51, yang meninggal dalam tahanan. Tindakan itu menimbulkan syak bahawa beliau turut menjadi mangsa ujian.
(Maan)



