Syarikat Gergasi Gantung Laluan ke Laut Merah

Syarikat kontena Taiwan, Evergreen telah memutuskan untuk tidak menerima kargo daripada Israel buat sementara waktu. Bahkan, Evergreen turut mengarahkan kapal-kapal kontena mereka untuk tidak menggunakan Laut Merah sehingga notis terbaru dikeluarkan.

Kapal-kapal kontena yang dijadualkan melalui Laut Merah akan diubah laluan ke Cape Of Good Hope, Afrika untuk menuju ke destinasi pelabuhan.

Syarikat lain termasuk Maersk & Hapag-Lloyd dan British Petroleum sudah menggantung laluan ke selat strategik Bab al-Mandab di Laut Merah.

Bab al-Mandab adalah laluan pintas menuju Terusan Suez

40% daripada perdagangan antarabangsa dunia melalui selat ini yang terletak antara Yaman, Hujung Barat Daya Jazirah Arab dan benua Afrika.

Tindakan Yaman Houthi ini telah menyebabkan laluan menjadi lebih panjang dan menjadikan kos kargo meningkat. Perkara ini akan meberi kesan domino kepada sektor yang lain terutamanya sektor pengguna.

Yaman Houthi menyatakan mereka tidak akan berhenti mengganggu laluan Bab al-Mandab hinggalah serangan dan pengeboman Zionis Israel ke atas Palestin dihentikan!

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts