Syarikat Zionis labur $US50 juta untuk keluarkan senjata di Filipina

LONDON, 18 Sep 2018 — Sebuah syarikat dari negara haram Zionis bersetuju membuat pelaburan berjumlah $US50 juta dalam industri pengeluaran senjata di Filipina.

Agensi Berita Filipina melaporkan bahawa syarikat Silver Shadow Advanced Security Systems Ltd (SSASS) telah menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Philippines Rayo Illuminar Corporation (RIC) bagi membina sebuah kilang yang akan mula beroperasi pada tahun depan. Kilang tersebut akan bermula dengan mengeluarkan bom dan peluru.

Dalam lawatan Presiden Rodrigo Duterte ke negara haram itu awal bulan ini, lebih 20 perjanjian melibatkan dana lebih $US83 juta telah ditandatangani.

Tahun lalu, Filipina mengimpot produk Zionis bernilai $US143 juta. Sementara 76,000 rakyat Filipina bekerja di negara haram itu.

(MEMO, Al-Jazeera)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts