Syeikh Hamed Al-Beitawi Kecam PA Taja Pertandingan Ratu Kecantikan Anak-Anak di Tebing Barat

9 Dis – MP Sheikh Hamed Al-Beitawi, Ketua Persatuan Ulama Palestin, mengecam Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menaja sebuah pertandingan kecantikan untuk anak-anak perempuan Palestin di Tebing Barat.

Dalam sebuah kenyataan beliau kepada pusat maklumat Palestin (PIC) Syeikh Hamed  mengatakan bahawa pertandingan tersebut bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan etika yang menyerukan kebajikan dan jatuh kepada perbuatan buta meniru orang-orang non-muslim yang dilarang dalam kitab suci Al-Quran .

Beliau menambah bahawa memilih apa yang disebut Miss Palestin di hadapan peningkatan kegiatan pemukiman di Tebing Barat, Zionis Yahudi berusaha untuk menduduki Baitulmuqaddis dan kepungan di Genting Gaza mencerminkan penganjur ‘rasa tidak hormat kepada penderitaan dan keprihatinan rakyat Palestin.

Ulama Palestin tersebut menekankan bahawa sikap tersebut tidak sesuai bagi orang di bawah penjajahan, yang mempunyai ribuan tahanan di penjara-penjara Israel dan berjuang untuk kebebasan mereka, menjadi tuan rumah peristiwa-peristiwa seperti yang mempromosikan percabulan.

Beliau menyerukan rakyat Palestin terutama para ayah untuk menolak dan mencegah kejadian seperti anak perempuan mereka daripada terlibat dalam program tersebut. PIC.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts