Syeikh Ikrima Sabri, Khatib Masjid Al Aqsa Di Halang 6 Bulan Memasuki Masjid Al Quds

Sheikh Ekrima Sabri - Image qudsmedia.net
Sheikh Ekrima Sabri - Image qudsmedia.net

3 Dis – Pihak berkuasa Israel di Baitulmuqaddis mengeluarkan arahan menghalang Syeikh Ekrima Sabri, Ketua Jawatankuasa Tinggi Islam di Baitulmuqaddis, dari memasuki Masjid Al-Aqsa, di Baitulmuqaddis Timur, selama enam bulan.  Syeikh Sabri juga merupakan Khatib di Masjid Al-Aqsa.

Arahan terbaru tersebut dikeluarkan pada hari Rabu lepas sebaik sahaja Syeikh Ekrima kembali ke Palestin selepas melakukan ziarah ke Mekah.

Beliau diperintahkan untuk melaporkan diri ke pejabat polis di bandar untuk menerima arahan tersebut secara rasmi, tetapi peguam beliau, Khalid Zabarqa, memohon pihak polis agar memberinya lebih banyak masa ketika ia memerlukan rehat secukupnya setelah kepenatan dalam perjalanan yang panjang.

Polis menolak permintaan tersebut dan mengugut akan menangkap Syeikh Ekrima dan memaksa beliau untuk melapor diri ke pusat soal siasat di Al Maskobiyya untuk menerima arahan tersebut.

Menghalang seorang Palestin Muslim dan Kristian daripada memasuki tempat-tempat suci di Baitulmuqaddis adalah satu tindakan yang menyalahi pelanggaran Undang-undang Antarabangsa dan kebebasan agama. immec

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts