Syeikh Raed Solah Dibebaskan

HALUANPalestin mengalu-alukan pembebasan Ketua Gerakan Islam Cawangan Utara, Sheikh Raed Salah pada Isnin (13/12) setelah menjalani hukuman penjara lima bulan yang dikeluarkan terhadap dirinya oleh mahkamah Israel.

Pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa Syeikh Raed Salah bertanggung jawab untuk “hasutan yang mengarah kepada kekerasan di Baitulmuqaddis”.

Syeikh Raed Salah dihukum atas dakwaan serangan pada bulan Julai dalam sebuah insiden yang berlaku pada tahun 2007 ketika demonstrasi di Baitulmuqaddis Timur. Mahkamah Yahudi Israel menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau kerana menghina seorang pegawai polis sempadan dan meludah di wajahnya. Pada awalnya beliau dijatuhkan penjara 9 bulan, walaubagaimanapun dikurangkan menjadi 5 bulan oleh mahkamah di Baitulmuqaddis. Syeikh Raed Solah tidal mengaku salah atas semua tuduhan yang dikenakan kepadanya.

Ratusan warga Palestin, aktivis dan pemimpin agama menyambut beliau dan menyatakan solidariti menyokong usaha beliau.

Menurut Kamal Al-Kahtib, wakil pemimpin Gerakan Islam mengatakan: “Kami percaya bahawa tindakan memenjara Syeikh Raed Solah tidak adil, kerana penangkapan dilakukan adalah atas alasan politik dan ianya tidak ada hubungan langsung untuk menegakkan keadilan . Sebaliknya tujuan penangkapan itu adalah untuk memberi tekanan kepada Syeikh Raed Salah untuk menghalang beliau dari terus memperkatakan pembebasan Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa.”

Syeikh Raed Salah juga adalah antara aktivis yang berada di atas kapal kemanusiaan Mavi Marmara yang menuju ke Gaza dalam misi Konvoi Kebebasan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza yang terkepung. Pengerusi HALUANPalestin, Hj. Noorazman Shamsudin dan relawan LL4G Malaysia sempat bertaaruf dan mendengar tazkirah dari Syeikh Raed Salah saat berada di dalam kapal bantuan tersebut.

Tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara di perairan antarabangsa, menewaskan sembilan aktivis Turki dan puluhan tercedera, dan mengheret kapal ke pelabuhan Asdod.

Sheikh Raed Salah juga adalah salah satu dari puluhan pemimpin Arab dan Islam yang menjadi subjek gangguan dan serangan oleh polis Israel dan penduduk yahudi ekstrimis.

Sementara itu, Mursyidil Am Ikhwanul Muslimin Dr Mohamed Badie telah mengirim surat kepada Syeikh Raed Salah, antara kandungan suratnya  mendorong Syeikh Raed Salah untuk meneruskan perjuangan menentang penjajahan di Jerusalem dengan menghalang usaha pendudukan Israel dari pelebaran penempatan haram dan mengembalikan semula keamanan Jerusalem kepada warga Palestin. (imc/hp/aljazeera/iw)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts