JENIN, 24 Jun 2016 (PIC) — Pihak penjara Zionis mengurung tahanan Abdullah al-Afif, 55, dalam kurungan berseorangan sebagai hukuman ke atas beliau yang memberi sokongan solidariti kepada tahanan Bilal Kayed.
Tahanan dari kota Jeinin itu dipindahkan dari penjara Megiddo ke penjara Jalama, di mana keluarganya tidak dibernarkan membuat lawatan.
Abdullah merupakan koordinator suruhanjaya tahanan di Jenin. Beliau pernah dipenjara selama beberapa tahun dalam penjara yang berbeza.