RAMALLAH, 22 Mei 2016 (PIC) — Tahanan Emad Abu Rezeq melancarkan mogok buat hari ke-lapan berturut-turut bagi membantah tindakan rejim Zionis menahan beliau dalam keadaan tempat tahanan yang sangat teruk, di dalam bilik tahanan berseorangan sejak ditangkap pada 13 April lalu.
Beliau dilaporkan mengalami beberapa masalah kesihatan termasuklah kencing manis, migrain, tekanan darah, lelah dan buah pinggang.
Mahkamah Zionis turut menghalang peguam daripada melawat beliau selama 33 berturut-turut.