RAMALLAH, 4 Mei 2016 (PIC) — Tahanan Muhammad Issa al-Qawasmeh, 33, telah melancarkan mogok lapar sejak 12 hari lalu bagi membantah tindakan pihak Zionis mengurung beliau secara berseorangan di penjara Ashkelon sejak sebulan lalu.
Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun sejak 2003. Ketika dalam kurungan, beliau sempat menulis beberapa buah buku dan menamatkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana.