Tahanan bersaudara al-Balboul tolak arahan mahkamah supaya hentikan mogok lapar

RAMALLAH, 7 Sep 2016 (PIC) — Tahanan bersaudara Mohamed dan Mahmoud al-Balboul yang melancarkan mogok lapar sejak lebih dua bulan lalu menolak arahan Mahkamah Agung Zionis supaya menghentikan mogok mereka.

Mahkamah Agung Zionis hari ini menggantung sementara tahanan pentadbiran ke atas mereka sehingga keadaan kesihatan mereka pulih.

Menurut peguam Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin, Iyed Misek, arahan mahkamah tersebut akan membolehkan rejim Zionis menangkap semula dua beradik tersebut apabila keadaan kesihatan mereka pulih. Mahkamah sebaliknya tidak membatalkan tahanan pentadbiran tanpa pengadilan ke atas mereka.

Kedua-dua mereka bertekad untuk meneruskan mogok lapar sehinggalah mereka dibebaskan tanpa syarat.

Mahmoud dan Mohamed masing-masing memulakan mogok lapar pada 4 Julai dan 7 Julai lalu. Mereka dikenakan tahanan pentadiran pada 9 Jun lalu, sejurus sebelum adik perempuan mereka, Nuran, dibebaskan setelah merengkok dalam penjara selama empat bulan.

Tahanan pentadbiran membenarkan rejim Zionis menahan seseorang, khususnya penduduk Palestin, tanpa pengadilan atau pendakwaan. Ia merupakan satu kaedah bagi mengekang aktiviti politik dan sosial penduduk Palestin dengan menangkap mereka tanpa membawa sebarang bukti kesalahan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts