Tahanan di penjara Gurun Naqab turut sertai mogok lapar

RAMALLAH, 26 Apr 2017 (PIC) — Sebilangan tahanan Palestin di penjara Gurun Naqab menyertai mogok lapar besar-besaran bersama lebih 1,500 tahanan lain yang berterusan sejak 10 hari lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, tahanan di penjara itu yang memutuskan untuk menyertai mogok termasuk Samer al-Issawi, Samih Bsharat, Amer Ayyad, Ghazi Kanan dan Ibrahim Ziyadeh telah dipindahkan ke dalam kurungan berseorangan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts